Wednesday, April 10, 2013

Dari Novel ke Drama ! Setia Hujung Nyawa, Cinta Kau dan Aku, Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Assalamulaikum dan Hellooooo semua ! :)
Lepas tengok cita drama Sehangat Asmara tadi, tetiba rasa nak wat post pasal novel novel yang diadaptasikan ke Drama. Sekarang ni banyak novel dah jadi drama bersiri. Dan mendapat sambutan yang hangat antara penonton di Malaysia

Contoh drama yang mendapat sambutan hangat ialah Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila. BS pon dah tengok cerita ni. Drama ni dilakonkan oleh dua pelakon baru yang berbakat iaitu Amar Asyraf dan Nelydia Senrose. Ramai gadis2 yang menonton drama ni meminati Zain lakonan Amar Asyraf. Malah, drama Setia Hujung Nyawa ini telah menaikkan nama kedua-dua pelakon ini. Bagi BS, El dan Zain dalam drama ni sangattttt sweettt ! Hahaha. Walaupun agak banyak masalah dan tragik nya, tapi its HAPPY ENDING ! :D




















Seterusnya, Novel Cinta Kau dan Aku karya Siti Rosmizah. Pasti siapa yang meminati karya Siti Rosmizah akan menantikan novel ini menjadi drama. Dan kini itu telah menjadi kenyataan. Apabila novel ini diadaptasi ke drama bersiri. Pelakon dalam drama Cinta Kau dan Aku ialah Fizz Fairuz dan Sara Ali. Sebenarnya BS tak tahu pun ade drama ni. BS terbuka siaran then, terbuka cerita part Farisya dengan Milah tengah basuh pinggan. Lepas tu, Farisya terluka kena serpihan pinggan terus pengsan. Tu part yang BS tengok. Yang buat BS tahu tu dari novel Cinta Kau dan Aku sbb dialog mmg sama sebijik macam dalam novel. Haha.Terus tanya adik BS, mmg betul dia kata. Perghhh terus bukak Youtube tgk ! Excited terus. My favourite novel kot ! :D Jalan cerita dia memang sama tapi macam ade tak kena sikit. Macam tak feel pon ade. Tapi Sara Ali memang the best laa. Sesuai dengan watak Farisya. :)



















Dan novel yang terakhir yang BS akan ceritakan ialah novel Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar. Drama ini baru dua episod ditayang. Mesti korang tahu kan. Yela sebab pelakonnya hebat hebat. Hehe. Hero dalam drama ni ialah Izzue Islam yang mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Harapan FFM25 baru baru ini. Malah, Izzue Islam sebenarnya adalah salah seorang penyanyi dalam kumpulan Forteen. Wahhh! Menyanyi pun boleh Izzue ni, dah la hensem ! Haha. BS sebenarnya memang dah lama minat kat Izzue. Suka tengok lakonan dia dlm 29 Februari. Dia jadi buta. Okay la, seterusnya heroin nya pulak adalah Tiz Zaqyah. Pelakon perempuan yang memang tak asing lagi di Malaysia. Tiz Zaqyah dulu pernah berlakon di drama bersiri Nur Kasih.